• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 April 2026 | 11:02 PM

Gempur Ladang Jam 1 Pagi! 62 Warga Asing Dicekup Imigresen Dalam 'Ops Sapu' Di Mukah

MUKAH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi Unit Penguatkuasa Imigresen Sibu berjaya menahan seramai 62 warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan Ops Sapu yang dijalankan di sebuah ladang di sini, awal Jumaat pagi, 17 April.

Operasi yang bermula sekitar jam 1.40 pagi itu digerakkan dengan kekuatan seramai 25 pegawai bersama Pasukan Tindakan Khas (PTK).

Dalam serbuan tersebut, seramai 146 individu telah diperiksa merangkumi seorang warganegara Malaysia dan 145 warga asing.

Hasil pemeriksaan rapi mendapati 62 daripada mereka telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Antara kesalahan utama yang dikenal pasti adalah tinggal lebih masa, memiliki dokumen perjalanan yang disyaki tidak sah, serta kegagalan mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Selain tangkapan warga asing, pemilik premis atau majikan juga kini berada di bawah siasatan kerana disyaki menggaji serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Semuja, Serian bagi tujuan dokumentasi dan tindakan undang-undang selanjutnya.

JIM Sarawak dalam kenyataannya mengingatkan semua pihak, khususnya majikan, agar sentiasa mematuhi undang-undang imigresen yang sedang berkuat kuasa.

Sumber: fb Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JIMSarawak #OpsSapu #ImigresenMalaysia

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok