• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 April 2026 | 03:41 PM

Kadar Bantuan SKAS 2026 Dinaikkan, Libatkan Semua Kategori yang Layak

Kuching – Kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 bagi semua kategori yang layak akan dinaikkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia<span;> sebagai respons kerajaan negeri bagi menghadapi ketidaktentuan di Asia Barat.

Menurut beliau, kenaikan kadar sumbangan tersebut melibatkan semua penerima dalam kalangan isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.

Bagi kategori isi rumah, kadar sumbangan dinaikkan sebanyak RM150, menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM1,100 berbanding kadar semasa RM950.

Sementara itu, warga emas juga turut menikmati kenaikan sebanyak RM100 kepada RM600, berbanding RM500 sebelum ini.

Kategori bujang pula menerima kenaikan sebanyak RM75, menjadikan jumlah bantuan RM375 berbanding RM300.

Kenaikan kadar tersebut melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM136.2 juta.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan peruntukan Kerajaan Sarawak bagi pelaksanaan SKAS tahun ini berjumlah RM680.0 juta berbanding RM543.8 juta sebelum ini.

Penyaluran bantuan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa sepanjang tahun ini, dengan Fasa 1 telah mula disalurkan pada Mac lalu.

Ia diikuti dengan penyaluran Fasa 2 pada 2 Mei ini dan Fasa 3 pada November depan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Pemberian Bantuan Khas 2026, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok