• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 April 2026 | 02:41 PM

Karnival JMU 2026 Zon Sarawak II, Buka Peluang Pelajar Luar Bandar Teroka Laluan ke IPT

Kota Samarahan – Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 akan diteruskan bagi Zon Sarawak II pada 25 dan 26 April ini di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu.

Timbalan Pengarah Akademik dan Penyelidikan Pra Universiti UNIMAS, Ts. Dr. Noor Azie Azura Mohd Arif berkata, platform JMU diadakan bagi membantu para pengunjung mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Ia merangkumi maklumat mengenai program pengajian, syarat kemasukan serta peluang tajaan yang ditawarkan.

Menurut beliau, karnival tersebut terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak terhad kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf sahaja.

Malah, ibu bapa, warga pendidik serta orang ramai turut dialu-alukan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendidikan tinggi dan permohonan UPU.

Katanya, pemilihan Sibu sebagai lokasi penganjuran seterusnya adalah signifikan kerana memberi peluang kepada pelajar dari luar bandar untuk memperoleh maklumat yang sama seperti yang diadakan di bandar.

Bertemakan “DreamX: Inspiring Your Next Step”, JMU diadakan khusus bagi menyuntik semangat pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual khas bersama CATS FM di UNIMAS, Kota Samarahan, hari ini.

Karnival JMU 2026 Zon Sarawak II akan berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS, Sibu dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang dua hari penganjurannya, seperti pameran pengajian melibatkan 60 reruai, aktiviti kebudayaan, sesi interaktif dan banyak lagi.

Karnival tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok