KUCHING - Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terbabas lalu terhumban ke dalam parit di Batu 9, Jalan Kuching-Serian, petang ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan kendiri itu jam 4.38 petang.
Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahu sebelah kanan diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back