BETONG - Seorang lelaki cedera selepas lori simen yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik di Simpang Samu, Jalan Pan Borneo, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.39 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun dilaporkan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Anggota Bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back