• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 April 2026 | 02:23 PM

Kempen Tahun Melawat Malaysia Perlu Konsisten, Bukan Bermusim – Abdul Karim

KUCHING – Kempen Tahun Melawat Malaysia tidak seharusnya tertumpu kepada tempoh tertentu sahaja, sebaliknya perlu dipromosikan secara konsisten setiap tahun.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jika pendekatan berasaskan tempoh tertentu digunakan, ia boleh menimbulkan persoalan mengenai kesinambungan usaha pada tahun-tahun berikutnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pendekatan yang lebih berterusan adalah lebih praktikal dan berkesan dalam memastikan kelangsungan industri pelancongan negara.

Menurut beliau, pendekatan pelancongan oleh negara jiran seperti Indonesia wajar dijadikan contoh, kerana giat mempromosikan sektor itu tanpa mengehadkannya kepada tahun tertentu.

Tegas beliau, industri pelancongan merupakan sektor penting yang perlu digerakkan secara berterusan dan bukan bermusim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan untuk melanjutkan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sehingga penghujung tahun 2027.

Tambahnya, Sarawak sentiasa menyokong penuh kempen tersebut di peringkat negeri, namun pada masa sama kekal dengan pendekatan mempromosikan pelancongan secara berterusan.

Dalam pada itu, menyentuh prestasi ketibaan pelancong setakat ini, beliau kekal optimis sasaran lima juta pelawat tahun ini masih mampu dicapai walaupun berdepan ketidaktentuan global.

Jelasnya, sekiranya berlaku kekurangan pelancong antarabangsa, usaha akan dipertingkatkan dengan mengaktifkan pelancongan domestik termasuk dalam kalangan rakyat Sarawak sendiri.

Pelbagai inisiatif akan terus dilaksanakan bagi merancakkan pelancongan domestik, yang turut memberi impak ekonomi signifikan, setanding dengan sumbangan pelancong luar negara.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok