• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 April 2026 | 10:16 AM

RM1,200 Untuk Pelajar Sarawak! Semak Kalau Anda Layak Hari Ini!

SIBU - Bayaran Bantuan Kewangan Khusus (BKK) sebanyak RM1,200 bagi pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) kini dilaksanakan secara berperingkat mulai semalam, 31 Mac 2026.

Pelajar dikehendaki memuat naik surat pengesahan pengajian yang menunjukkan status “belajar” atau “aktif”. Surat pengesahan mestilah terkini dan pelajar tidak berada dalam status penangguhan atau berhenti.

Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan melalui portal https://myys.yayasansarawak.org.my/ menggunakan Sarawak Pass.

Pihak My Yayasan akan mengesahkan dokumen, dan status permohonan akan dimaklumkan melalui emel atau semakan portal.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap ADUN Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000 pelajar Sarawak.

Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM73 juta setahun untuk program ini, yang akan diteruskan sepanjang tempoh pengajian pelajar.

“Bantuan ini dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa serta menyokong perkembangan pendidikan tinggi di Sarawak,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok