Kota Samarahan – Projek pembinaan tangki air aras tinggi akan dilaksanakan, bagi menampung keperluan penduduk di kawasan perumahan Taman Samarindah, Kota Samarahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, projek tersebut telah diluluskan dengan anggaran kos sekitar RM30 juta.
Menurut beliau, proses tender telah selesai dan kini berada pada peringkat pelantikan kontraktor.
Beliau menjangkakan pelaksanaan projek itu dapat dimulakan dalam tahun ini.
Sementara itu, perbincangan beliau bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, telah bersetuju melaksanakan penyelesaian jangka pendek.
Ia termasuk cadangan pembinaan tangki sementara yang kini sedang dalam peringkat kajian.
Langkah itu bertujuan mengurangkan masalah tekanan air di kawasan perumahan berkenaan, sementara menunggu projek utama disiapkan.
Kedua-dua inisiatif tersebut diharap dapat meningkatkan kestabilan bekalan air, sekali gus menjamin keselesaan dan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media, pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Pusat Khidmat ADUN Stakan, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back