Kuching – Beberapa lori tangki air sedia untuk digerakkan ke seluruh negeri, sebagai langkah awal menghadapi kemungkinan musim kemarau dan cuaca panas berpanjangan.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, langkah tersebut merupakan pelan sokongan bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air akibat keadaan cuaca itu.
Menurutnya, lori-lori berkenaan terdiri daripada aset jabatan di bawah kementerian, termasuk tambahan lori yang disewa.
Inisiatif itu bertujuan memastikan keperluan bekalan air dapat dipenuhi, sekiranya berlaku gangguan.
Namun setakat ini, katanya, bekalan air di seluruh Sarawak masih berada pada tahap terkawal dan mencukupi.
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan terus dilaksanakan berikutan jangkaan cuaca panas yang berpotensi menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back