• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 March 2026 | 06:18 PM

Sarawak Pantau Loaksi Titik Panas, Perkukuh Usaha Kawal Kebakaran

Kuching – Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan kepada usaha memadam kebakaran, susulan keadaan cuaca panas dan kering yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beberapa lokasi titik panas telah dikenal pasti, termasuk di Kemuyang, Penasuk serta kawasan kebakaran yang dilaporkan di Bintulu.

Beliau menjelaskan, kawasan tanah gambut merupakan antara lokasi yang paling mencabar untuk dikawal apabila terbakar, kerana api boleh merebak di bawah permukaan tanah walaupun hanya kelihatan asap di permukaan.

Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar bersama beberapa agensi berkaitan menggunakan dron bagi memantau kawasan berisiko tinggi berlakunya kebakaran.

Langkah tersebut telah dilaksanakan di Kuala Baram dan Mukah bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya terdapat tanda-tanda kebakaran.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian kebakaran yang lebih serius.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media, pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, di Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai keperluan pembenihan awan, beliau berkata langkah itu hanya akan dilaksanakan sebagai pilihan terakhir.

Bagaimanapun, ia perlu bergantung kepada keadaan awan yang sesuai.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok