• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 March 2026 | 03:18 PM

‘Saya mahu terus menyumbang’ - Aidil

Kuching – Hasrat untuk terus menyumbang kepada pasukan menjadi keutamaan Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak, dalam perancangan masa depannya bersama kelab itu.

Beliau berkata, perbincangan berhubung kedudukannya sebagai ketua jurulatih masih berjalan dan berharap segala urusan dapat diselesaikan dengan baik.

Menurutnya, beliau amat menghargai peluang untuk melatih pasukan itu, sambil menzahirkan penghargaan atas sokongan padu para penyokong serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan.

Sepanjang dua tahun bersama Kuching City FC, pasukan itu semakin menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, selari dengan pencapaian yang diraih.

Tambahnya, sasaran utama adalah untuk membawa pasukan beraksi di pentas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), yang kini mereka semakin hampir untuk mencapainya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan atas sokongan penuh serta usaha berterusan dalam memperkukuh pasukan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok