• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 March 2026 | 03:04 PM

KCFC Manfaat Aksi Persahabatan, Asah Prestasi Semasa Pemain

Kuching – Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, aksi antara Kuching City FC (KCFC) menentang Hougang United FC malam tadi disifatkan penting sebagai medan menguji prestasi pemain selepas tempoh rehat yang panjang.

Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui pasukannya masih belum berada pada tahap terbaik dalam perlawanan tersebut.

Namun semua pemain tetap menunjukkan komitmen yang tinggi.

Menurut beliau, perlawanan seperti itu penting sebagai platform menguji kebolehan barisan pemain utama dan termasuk pemain gantian yang turut diberi peluang untuk beraksi.

Aksi seumpama itu juga membuka ruang kepada semua pemain untuk menonjolkan diri serta bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan perlawanan tersebut sebagai satu ujian yang baik buat pasukan dan berharap lebih banyak aksi persahabatan dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan kelab dari Singapura itu sebagai lawan, beliau menjelaskan bahawa bukan mudah untuk mendapatkan pasukan yang sanggup beraksi dalam tempoh rehat.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya sebenarnya mengharapkan lawan yang lebih kuat seperti kelab dari Indonesia, namun mereka tidak tersedia kerana telah mempunyai perancangan lain.

Bagaimanapun, pasukan Hougang United tetap memberikan yang terbaik bagi kerana mereka juga mahu memantapkan permainan pasukan.

Selain itu, perlawanan menentang pasukan antarabangsa itu juga dilihat memberi peluang kepada pemain merasai suasana kompetitif seakan kejohanan peringkat AFC.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media, selepas perlawanan antara kedua-dua pasukan, malam tadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok