KUALA LUMPUR - Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar mengesahkan Aidilfitri akan disambut pada Jumaat, 20 Mac.
Menurut Istana Diraja Arab Saudi, Mahkamah Agung menetapkan Khamis (19 Mac) sebagai hari terakhir Ramadan, manakala 1 Syawal jatuh pada Jumaat. Keputusan serupa diumumkan Istana Presiden UAE selepas Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan meneliti laporan di seluruh negara.
Di Qatar, Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam mengumumkan Khamis sebagai hari terakhir Ramadan, menjadikan Jumaat tarikh rasmi sambutan Aidilfitri 1447 Hijrah.
Langkah ini membolehkan umat Islam di tiga negara Teluk bersiap menyambut perayaan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Sumber: BERNAMA-AGENSI
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back