• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 March 2026 | 07:45 AM

Anwar Umum Cuti Tambahan & SHMMP Aidilfitri - Rakyat Terima Manafaat Sebelum Balik Kampung

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif penting untuk meringankan beban rakyat menjelang Aidilfitri, termasuk cuti tambahan dan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Melalui platform X, Anwar menyatakan langkah-langkah ini diharap dapat membantu rakyat menguruskan kos sara hidup, memastikan harga barangan keperluan kekal berpatutan, serta memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Kerajaan bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan bersempena Aidilfitri 2026 sebagai penghargaan kepada rakyat yang bekerja keras sepanjang Ramadan. Tarikh cuti tambahan akan bergantung kepada pengisytiharan 1 Syawal:

  • Jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat (20 Mac) → cuti tambahan pada Isnin (23 Mac)

  • Jika Aidilfitri jatuh pada Sabtu (21 Mac) → cuti tambahan pada Jumaat (20 Mac)

Bagi SHMMP Aidilfitri 2026, ia akan dilaksanakan dari 14 hingga 28 Mac, melibatkan 27 jenis barangan berbanding 26 tahun lepas, bagi memastikan harga barangan keperluan kekal terkawal sepanjang musim perayaan.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok