• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 March 2026 | 07:30 AM

PdPR Mungkin Kembali? KPM Teliti Semula - Keputusan Besar Tunggu Kabinet Minggu Ini

TAIPING - Isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kembali menjadi perhatian apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pelaksanaannya sedang diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata kementerian akan memastikan sebarang keputusan yang diambil mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan murid.

Menurut beliau, keutamaan KPM adalah memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terjejas walaupun sebarang mekanisme baharu diperkenalkan.

“KPM akan membuat keputusan terbaik untuk warga pendidik, ibu bapa dan anak-anak, namun semua pihak perlu menunggu pengumuman rasmi Kabinet mengenai pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) yang dijangka dibuat minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Taiping di Taman Tasik Taiping pada Ahad 15 Mac.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad memaklumkan KPM akan mengadakan perbincangan khusus minggu depan bagi memperincikan mekanisme BDR termasuk pelaksanaan PdPR melibatkan pelajar sekolah serta penjawat awam kementerian itu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyatakan pengaturan kerja fleksibel seperti BDR penting bagi memastikan operasi kerajaan kekal berfungsi dalam menghadapi situasi global yang tidak menentu.

Ketegangan geopolitik di Asia Barat semakin memuncak selepas serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, yang kemudiannya mencetuskan serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok