PUTRAJAYA - Kerajaan memperkukuh stok beras negara sehingga sembilan bulan sebagai langkah proaktif memastikan keterjaminan bekalan makanan di tengah ketidaktentuan konflik geopolitik Asia Barat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan bekalan asas seperti beras, ayam, telur, ikan dan daging cukup sekurang-kurangnya hingga Mei atau Jun ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri yang membincangkan impak konflik Asia Barat terhadap ekonomi negara, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Mohamad Sabu berkata kerajaan juga menggalakkan masyarakat menanam sayuran cepat tuai di kawasan rumah sebagai langkah tambahan memperkukuh bekalan domestik, sambil menasihatkan rakyat tidak panik dan menyambut Aidilfitri seperti biasa.
Beliau menekankan kerajaan sentiasa memantau situasi dan bersedia mengambil langkah intervensi bagi memastikan bekalan makanan negara kekal stabil dan terjamin.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back