PUTRAJAYA - Menjelang sambutan Aidilfitri, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan bekalan makanan asas seperti beras, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan telur berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya hingga Mei atau Jun 2026, walaupun berlaku ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Beliau menekankan bahawa langkah kerajaan melalui Jualan Agro MADANI, Jualan Rahmah, serta inisiatif Komuniti MADANI, akan memperkukuh akses rakyat kepada makanan pada harga berpatutan.
Jelasnya, sumber import utama Malaysia pula diperoleh daripada negara seperti India, Pakistan, Brazil, Argentina, New Zealand, Australia dan ASEAN, memastikan bekalan negara tidak terjejas oleh konflik di Selat Hormuz.
Mohamad Sabu berkata demikian pada sidang media pascamesyuarat khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri di sini hari ini.
Kerajaan menegaskan bahawa rakyat boleh menyambut Hari Raya dengan tenang kerana sistem bekalan makanan negara dijaga rapi untuk menampung keperluan rakyat secara berterusan, sekali gus menepis kebimbangan akibat situasi geopolitik semasa.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back