• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 March 2026 | 08:36 AM

PM Anwar Dijangka Umum Berita Baik Tambahan Menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat menjelang sambutan Aidilfitri, selepas sebelum ini mengumumkan tujuh langkah intervensi segera kerajaan MADANI bagi meringankan beban menjelang Syawal.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata langkah-langkah yang telah diumumkan termasuk pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula 10 Mac 2026, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 melibatkan penjawat awam, pesara dan veteran, serta peluasan Program Jualan Rahmah MADANI dan subsidi tiket penerbangan FlySiswa.

Menurut beliau, kerajaan terus berusaha memastikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, selaras dengan tekad membina negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan.

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat dalam masa terdekat menjelang Aidilfitri,” kata Tunku Nashrul pada taklimat Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia.

PMO berharap semua bantuan dan langkah ini dapat memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dan persiapan menyambut Hari Raya.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok