• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 March 2026 | 01:24 PM

UPUOnline Dilanjutkan! Pelajar SPM Ada Masa Lagi

PUTRAJAYA - Tempoh permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2026/2027 untuk Fasa Permohonan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui sistem UPUOnline dilanjutkan sehingga 12 April 2026, berbanding tarikh tutup asal pada 23 Mac.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan pelanjutan tempoh tersebut dibuat susulan pengumuman rasmi oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa keputusan peperiksaan SPM 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026.

Walau bagaimanapun, KPT menjelaskan bahawa tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf kekal pada 23 Mac 2026 seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Menurut kementerian itu, calon lepasan SPM yang masih belum membuat permohonan boleh mendapatkan nombor pin UPUOnline melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.60 termasuk caj perkhidmatan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Pembelian nombor pin tersebut boleh dilakukan melalui 387 kaunter cawangan BSN, 843 mesin ATM BSN, serta kemudahan perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan nombor pin UPUOnline bersama salinan resit pembayaran dan calon dinasihatkan menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian.

KPT turut memaklumkan bahawa sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM, manakala 1,146 program pengajian disediakan untuk lepasan STPM atau setaraf di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) di seluruh negara.

Sehubungan itu, semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi melalui sistem UPUOnline. Calon juga dinasihatkan agar melengkapkan permohonan lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat akhir bagi mengelakkan sebarang gangguan atau kesesakan trafik pada sistem.

Selain itu, calon perlu memastikan permohonan disahkan dengan menekan butang “Saya Setuju” serta mencetak atau memuat turun slip permohonan sebagai bukti bahawa permohonan berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi di Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya atau melalui talian 03-8684 2363 serta e-mel upu@mohe.gov.my. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui media sosial BKPA UPU di Facebook, Instagram dan TikTok.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok