• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 February 2026 | 03:53 PM

SLUSE 2026 Himpun Pelajar Denmark, Jalani Kerja Lapangan di Sarikei Bersama UNIMAS

Kuching – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan University of Copenhagen secara rasmi melancarkan Kursus Lapangan Bersama Pengurusan Guna Tanah Mampan dan Sumber Asli (SLUSE) 2026. 

Ia sekali gus memperkukuh kerjasama akademik jangka panjang dalam bidang sains kelestarian dan pendidikan berasaskan lapangan kedua-dua universiti itu.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit menyifatkan program SLUSE sebagai contoh kukuh pendekatan akademik bersepadu yang turut melibatkan komuniti. 

Menurutnya, kerjasama antara kedua-dua universiti mencerminkan semangat pertukaran ilmu dan pembelajaran bersama yang melangkaui ruang bilik kuliah.

Program tersebut menerima penyertaan seramai 39 pelajar dan tiga pensyarah dari University of Copenhagen yang akan menjalankan komponen kerja lapangan di enam kampung di kawasan Sarikei. 

Inisiatif tersebut memberi tumpuan kepada pengurusan guna tanah lestari, pengurusan sumber asli serta penglibatan komuniti luar bandar secara langsung.

Kerjasama itu juga terus menyokong penyelidikan bersama, pembelajaran berasaskan lapangan dan jaringan akademik peringkat pascasiswazah antara Malaysia dan Denmark.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok