• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 February 2026 | 02:09 PM

AFFIN Catat PBT RM755.7 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah

Kuala Lumpur – Kumpulan AFFIN mencatat Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) berjumlah RM755.7 juta bagi tahun kewangan lalu, tertinggi dalam sejarahnya.

Peningkatan tersebut adalah sebanyak RM54.7 juta atau 7.8 peratus berbanding RM701.0 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, peningkatan tersebut didorong oleh pertambahan pendapatan bersih sebanyak RM271.8 juta.

Bagaimanapun, prestasi itu sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan operasi serta peruntukan kerugian rosot nilai.

Menurut beliau, prestasi kewangan berkenaan turut diperkukuh oleh usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti asset.

Ia sekali gus menurunkan nisbah Pinjaman Terjejas Kasar (GIL) ke paras terendah sepanjang masa iaitu 1.64 peratus.

Dengan kedudukan modal dan kecairan yang kukuh, AFFIN berada pada landasan mantap untuk merebut peluang pada tahun 2026.

Tambah beliau, ekonomi Malaysia pada tahun ini dijangka kekal kukuh, yang disokong oleh pertumbuhan stabil sektor pembuatan domestik serta dasar monetari yang akomodatif oleh Bank Negara Malaysia.

Ketika ini, Kumpulan AFFIN mempunyai saluran perniagaan yang kukuh bernilai kira-kira RM14 bilion, sekali gus menyediakan landasan jelas untuk pertumbuhan berterusan menjelang tahun 2026.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok