• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 February 2026 | 10:28 AM

Lebih 2,000 Kes Buli, 3,570 Kesalahan Jenayah Direkodkan di Sekolah Tahun Lepas

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan sebanyak 2,889 kes salah laku buli dan 3,570 kes jenayah direkodkan di sekolah seluruh negara pada tahun lepas.

Menurut jawapan bertulis di portal Parlimen bagi menjawab soalan V Ganabatiru (PH-Klang), daripada jumlah kes buli, 740 melibatkan sekolah rendah manakala 2,149 kes berlaku di sekolah menengah.

Bagi kategori jenayah, 457 kes berlaku di sekolah rendah dan 3,113 di sekolah menengah.

KPM menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin, termasuk buli dan jenayah, dengan tindakan diambil mengikut tahap keseriusan – antaranya amaran lisan, amaran bertulis, kelas tahanan, hukuman rotan, penggantungan persekolahan, dan buang sekolah.

Pada 2024, bilangan kes buli direkodkan tertinggi iaitu 7,681 kes, hasil daripada peningkatan kesedaran dan pematuhan sekolah terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 12 Tahun 2023.

Selain itu, KPM memperkukuh langkah keselamatan termasuk audit 1,758 sekolah, pemasangan CCTV di 533 sekolah berasrama dengan peruntukan RM8 juta, serta penempatan 523 Guru Bimbingan dan Kaunseling dan 600 pembantu warden asrama (MyPWA) bagi pemantauan waktu malam.

KPM menekankan: pematuhan SOP, pemantauan berterusan dan sokongan psikososial adalah kunci dalam menangani buli dan jenayah di sekolah, selaras dengan aspirasi memastikan institusi pendidikan selamat dan kondusif untuk murid.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok