• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 February 2026 | 09:48 AM

U Mobile Meterai Kontrak Borong 5G Tiga Tahun Bersama Telekom Malaysia

KUALA LUMPUR - U Mobile secara rasmi memeterai kontrak borong 5G selama tiga tahun dengan Telekom Malaysia Berhad (TM), sekali gus memperkukuh landskap rangkaian dwi-5G negara dan mempercepat pembangunan ekonomi digital Malaysia.

Pelantikan tersebut dibuat susulan proses penilaian berstruktur, mencerminkan kekuatan kepakaran teknikal, keupayaan perkhidmatan serta komitmen U Mobile dalam menyediakan infrastruktur 5G generasi baharu yang selamat dan berprestasi tinggi. Syarikat itu menyasarkan liputan 80 peratus Coverage of Population (COPA) menjelang separuh kedua 2026, dengan pelaksanaan rangkaian ketika ini dilaporkan mendahului jadual.

Di bawah perjanjian berkenaan, U Mobile akan menyediakan perkhidmatan 5G Multi Operator Core Network (MOCN) secara menyeluruh meliputi penyediaan, integrasi sistem, pengaktifan, ujian teknikal dan pengoptimuman berterusan. Kerjasama ini membolehkan TM menawarkan sambungan 5G yang teguh, berskala dan berkualiti tinggi kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, pelantikan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan rangkaian 5G generasi baharu syarikat itu.

“Pemilihan ini adalah bukti kekuatan keupayaan rangkaian 5G kami. Kami yakin dapat memberikan prestasi unggul, kebolehpercayaan, keselamatan kukuh serta pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan kepada TM, sekali gus menyokong aspirasi memperkukuh daya saing mudah alih dan strategi konvergensinya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kontrak berkenaan bukan sekadar pencapaian komersial, malah mencerminkan kepentingan persaingan infrastruktur yang sihat dalam merangsang inovasi dan membina ekosistem telekomunikasi yang berdaya tahan serta mampan.

Kerjasama strategik ini juga dilihat selari dengan visi Kerajaan dalam melaksanakan model Rangkaian Dwi 5G, yang bertujuan memperluas persaingan infrastruktur dan mempercepat kadar penggunaan 5G di peringkat nasional.

Sumber: Umobile 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok