• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 February 2026 | 03:11 PM

LCDA Raikan Ulang Tahun ke-45 & Salur RM1.8 Juta Zakat Kepada Golongan Memerlukan

KUCHING – Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) meneruskan usaha memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat melalui Majlis Iftar Darul Hana 2026 yang berlangsung di Hotel Waterfront, di sini, pada Selasa malam 24 Feb.

Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun LCDA ke-45 bertemakan “45 Tahun LCDA Bersama Komuniti”, disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg.

Menurut LCDA, majlis berkenaan bukan sekadar tradisi tahunan, tetapi juga platform menghargai sinergi antara agensi kerajaan, ketua masyarakat, dan pihak media yang telah menyokong perjalanan agensi selama empat dekad.

Dalam majlis itu, Pengurus Besar LCDA, Datu Sr Zaidi Mahdi menyerahkan Zakat Perniagaan 2025 berjumlah RM1,782,437.05 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Selain itu, Premier Sarawak turut menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM25,000 kepada 125 penerima daripada 13 buah kampung di bawah Projek Pembangunan Darul Hana, dengan setiap penerima menerima RM200 sebagai persiapan Aidilfitri.

Majlis dihadiri kira-kira 700 tetamu, termasuk Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Dato Husain, serta barisan Timbalan Menteri dan ketua-ketua jabatan.

Majlis tersebutmenegaskan komitmen LCDA dan Kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan moden selari dengan kebajikan golongan memerlukan.

Sumber: UKAS 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok