PUTRAJAYA – Perancangan kesihatan negara tidak boleh dibuat secara umum atau bersifat teori semata-mata, sebaliknya mesti realistik, praktikal dan berasaskan keperluan sebenar rakyat, tegas Timbalan Menteri Kesihatan Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib.
Dalam pertemuan bersama Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini, beliau meneliti secara menyeluruh fungsi strategik bahagian tersebut dalam merangka hala tuju pembangunan sektor kesihatan negara, termasuk cabaran pelaksanaan projek di lapangan.
Dato Hanifah menekankan bahawa setiap pelan pembangunan mesti mengambil kira situasi semasa, kemampuan pelaksanaan, serta impak jangka panjang kepada rakyat, khususnya dari aspek akses perkhidmatan, kapasiti fasiliti dan kualiti penyampaian kesihatan awam.
Menurutnya, keutamaan harus diberikan kepada hasil yang memberi manfaat langsung dan mampan kepada komuniti, selaras dengan usaha memperkukuh sistem kesihatan negara secara menyeluruh.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back