• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 February 2026 | 11:20 PM

Kes Tibi Di Sarawak Terkawal! Teknologi Mudah Alih Bantu Pengesanan Awal

KUCHING — Penyakit tuberkulosis (tibi) di Sarawak terus berada dalam keadaan terkawal berkat pendekatan berterusan dan sikap berwaspada masyarakat, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, tibi adalah penyakit endemik yang telah lama wujud dalam komuniti, dan kesedaran berterusan menjadi kunci utama pengawalan.

“Di Sarawak, tibi sentiasa dalam kawalan kerana kita tidak mengambil mudah penyakit tersebut. Kita tahu ia endemik dan sentiasa ada di sekeliling,” ujarnya ketika ditemui selepas Program Agihan Bubur Lambuk MBKS hari ini.

Tibi dikenali sebagai “penyamar agung” kerana simptomnya menyerupai pelbagai penyakit lain, sekali gus menyukarkan pengesanan awal jika tidak diberi perhatian khusus.

Dalam pada itu Dr Sim memteritahu, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu kini memiliki mesin X-ray mudah alih pertama di negara ini, hasil sumbangan Press Metal bernilai kira-kira RM2 juta, yang membolehkan pemeriksaan terus di kawasan pedalaman termasuk rumah panjang tanpa perlu membawa pesakit ke klinik atau hospital.

Tambahnya, gabungan kesedaran berterusan, pemantauan rapi, dan teknologi baharu membolehkan Sarawak terus mendahului dalam usaha pengawalan penyakit tibi.

Untuk rekod, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga Minggu Epidemiologi ke-5 tahun ini, Sarawak mencatatkan 257 kes tibi, di belakang Sabah (614 kes) dan Selangor (476 kes).

Angka ini menekankan kepentingan rawatan awal dan pematuhan tempoh rawatan bagi mengelak komplikasi serius atau kematian. 

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok