• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 February 2026 | 10:59 PM

Kos Naik Taraf Sukan SEA 2027 Meningkat, Sarawak Perkasa Infrastruktur Bertaraf Dunia

ASAJAYA - Menjelang penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak, kerajaan negeri mengesahkan terdapat peningkatan kos naik taraf fasiliti sukan berbanding anggaran asal, berikutan keperluan memperkukuh kemudahan sedia ada dan pengambilan tanah bagi acara tertentu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menegaskan RM350 juta diperuntukkan untuk penganjuran, manakala kos tambahan bagi kerja-kerja baik pulih Stadium Sarawak, squash, tenis, petanque dan hampir kesemua kemudahan lain kini melebihi bajet awal RM200 juta.

Antara faktor utama ialah pembinaan lapangan sasar menembak skeet dan trap, yang memerlukan pengambilan tanah baharu dengan anggaran RM12 juta.

Ketika ditemui selepas menyempurnakan Walkabaout di Pusat Penjaja MPKS Tambirat hari ini, beliau menambah bahawa cadangan ini telah dibentangkan kepada Premier Sarawak dan akan dibincangkan di mesyuarat Kabinet negeri hujung bulan ini untuk kelulusan rasmi.

Katanya, dari aspek penginapan, Sarawak bersiap menyediakan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang, termasuk hotel baharu di Gala City dengan kira-kira 200 bilik, memastikan kontinjen, kru, dan penyokong mendapat keselesaan optimum sepanjang kejohanan.

Dengan persiapan rapi ini, Sarawak membuktikan komitmen tinggi untuk memperkasa infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa menjelang temasya terbesar Asia Tenggara.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok