• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 February 2026 | 10:41 PM

Pulangan 20% Hasil Sarawak Di Bawah 112D Bakal Dibincang Sebelum Hari Raya

KUCHING - Rundingan berhubung formula Geran Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka diadakan dalam masa terdekat, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata mesyuarat berkenaan penting bagi memperincikan serta memperhalusi cadangan formula yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, tarikh asal mesyuarat telah ditetapkan namun ditangguhkan, dan dijangka berlangsung dalam bulan ini sebelum Aidilfitri. Setakat ini, katanya, belum ada keputusan muktamad berhubung formula tersebut.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak mencadangkan formula pemulangan 20 peratus daripada jumlah hasil atau cukai yang dikutip dari Sarawak, bagi memastikan agihan yang lebih adil serta fleksibel di bawah Artikel 112D.

Hasidah berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bazar Ramadan Sukma Ria yang dianjurkan dengan kerjasama DBKU dan Emart Express Sukma Ria, hari ini.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok