• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 February 2026 | 09:27 PM

Bazaar Ramadhan Bau: 45 Peniaga, Semarakkan Silaturahim Komuniti

BAU - Majlis Perasmian Bazaar Ramadhan Bau dan Majlis Bersungkey 2026 anjuran JKKK Melayu Bau dan Persatuan Melayu Bau dengan kerjasama Majlis Daerah Bau berlangsung meriah, dihadiri pelbagai lapisan masyarakat walaupun hujan lebat.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak merangkap ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, berkata bazaar ini bukan sekadar tempat jual beli, tetapi juga medan interaksi sosial, memperkenalkan makanan tradisi dan mendidik generasi muda tentang nilai hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk.

“Bazaar ini menjadi pusat pertemuan komuniti dan platform berkongsi rezeki sambil menyemarakkan perpaduan setempat,” kata beliau.

Menurut Pengerusi Masyarakat Melayu Bau, Alwie Bol, seramai 45 peniaga menyertai bazaar tahun ini tanpa dikenakan sebarang sewaan, dengan khemah disediakan hasil sumbangan Datuk Henry.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Bau, Ketua Polis Daerah Bau, Temenggong Masyarakat Bidayuh, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kaum dan ketua-ketua jabatan.

Sumber: Jabatan Penerangan Bau 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok