• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 February 2026 | 09:05 PM

Sarawak Energy Tanam 300 Pokok di Miri

KUCHING - Sarawak Energy bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak menanam 300 pokok spesies tempatan di Rizab Semula Jadi Piasau, Miri pada 8 Februari lalu.

Aktiviti ini sebahagian daripada Kempen Penanaman dan Pemulihan Habitat Pokok, yang menyasarkan 500,000 pokok menjelang 2030.

Sehingga Disember 2025, lebih 247,000 pokok telah ditanam, termasuk 58,000 pokok pada 2025.

Antara spesies yang ditanam ialah kara, cempedak, terap, kasai dan pulur, sekaligus menyokong pemuliharaan biodiversiti di kawasan bandar terkenal dengan populasi burung enggang.

“Inisiatif ini mencerminkan tanggungjawab kami untuk memastikan pengurusan alam sekitar kekal sebagai sebahagian penting daripada perjalanan pertumbuhan Sarawak Energy. Melalui usaha penghutanan semula dan pemulihan habitat yang berterusan, kami berhasrat menyumbang secara bermakna kepada pemeliharaan khazanah alam semula jadi Sarawak untuk generasi akan datang,” kata CEO Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Sarawak Energy 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok