• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 February 2026 | 06:57 PM

Sarawak Sokong Mural Padungan, Hidupkan Warisan dan Pelancongan

KUCHING – Tujuh lukisan mural hasil karya pelukis tempatan, Leonard Siaw kini menghiasi bangunan-bangunan kedai di Jalan Padungan, menampilkan keunikan budaya, warisan, dan perkembangan kawasan itu sebagai salah satu lokasi bersejarah serta tumpuan pelancong dan masyarakat setempat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata projek mural ini bukan sahaja memperindah landskap bandar, malah menghidupkan sejarah dan warisan kawasan itu.

Katanya, projek kreatif berasaskan warisan seperti itu amat penting bagi memposisikan Sarawak dan Kuching sebagai destinasi yang kaya budaya dan unik.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya memberi jaminan menyokong sepenuhnya inisiatif tersebut.

Dato Sri Abdul Karim menambah bahawa kementeriannya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi menyokong penciptaan ruang kreatif, pemuliharaan warisan, serta pelancongan budaya.

Beliau yakin Padungan mempunyai potensi besar untuk menjadi koridor warisan dan budaya yang menarik pengunjung sambil kekal bermakna bagi komuniti tempatan.

Beliau turut memuji karya artis tempatan, Leonard Siaw, yang berjaya menghidupkan kisah Padungan melalui mural.

Ujarnya, Leonard bukan sekadar melukis mural, tetapi menterjemahkan sejarah kepada naratif visual yang menyentuh hati.

Dato Sri Abdul Karim berkata demikian pada Majlis Pelancaran Tujuh Lukisan Mural Bangunan Kedai sempena sambutan 100 tahun Padungan hari ini.

Majlis pelancaran ini menandakan satu langkah penting dalam usaha memelihara warisan Padungan serta memanfaatkan seni kreatif sebagai tarikan pelancongan dan identiti budaya bandar Kuching.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok