• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 February 2026 | 09:58 AM

Wanita Ditahan Aniaya Anak Angkat di Saratok

SARATOK – Polis Saratok menahan seorang wanita berusia 47 tahun selepas disyaki menganiaya anak angkatnya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di kediaman mereka di Taman Kim Hin, Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas laporan polis dibuat pada 7 Februari 2026 oleh seorang guru yang bimbang akan keselamatan mangsa.

"Kejadian dipercayai berlaku pada 5 Februari 2026 sekitar pukul 6.30 petang, melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Mangsa didakwa dipukul menggunakan objek keras dan ditampar di bahagian muka. Siasatan awal mendapati seorang guru yang juga jiran telah menghantar video melalui WhatsApp memaparkan tangisan mangsa dipercayai akibat dipukul.

"Pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di muka dan belakang badan. Mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok sebelum dirujuk ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

DSP Mathew berkata suspek yang merupakan ibu angkat dan penjaga sah mangsa sejak mangsa berusia tiga tahun, mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Polis turut merampas seutas hos berwarna kuning yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Punca kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran mengenai persiapan menghadiri kelas tuisyen. Polis akan memohon reman suspek selama empat hari bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Kes kini diklasifikasikan sebagai selesai selepas suspek berjaya ditahan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok