• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 February 2026 | 07:00 PM

Belum Ada Garis Masa Bawa Penambahan Kerusi DUN Sarawak ke Parlimen – Nanta

KUCHING - Penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang diluluskan pada persidangan khas Julai 2025 masih belum mempunyai garis masa jelas untuk dibawa ke Dewan Rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit menjelaskan, setakat ini tiada maklumat terperinci mengenai tarikh pembentangan kerana proses itu masih dibincangkan di peringkat berkaitan.

“Kita belum ada maklumat lagi,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipengerusikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Mengenai pelaksanaan penambahan kerusi menjelang pilihan raya negeri yang dijadual selewat-lewatnya Februari 2027, Nanta berkata perkara tersebut belum dapat dipastikan berikutan tiada garis masa yang jelas.

Sebelum ini, pada Persidangan Khas DUN Sarawak Julai 2025, Rang Undang-Undang DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 diluluskan, menjadikan jumlah kerusi DUN Sarawak meningkat kepada 99 daripada 82 kerusi sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, sebelum ini memaklumkan bahawa sebarang pelaksanaan kajian semula persempadanan hanya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas tamat tempoh lapan tahun.

Bagi Sarawak, tempoh tersebut berakhir pada 21 Ogos 2023, dan SPR kini sedang menyediakan syor kajian semula sebelum melaksanakan proses seterusnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok