SEMATAN - Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) 'Kamek Nengar, Kamek Nulong' menjadi pendekatan untuk mendengar dengan empati dan keprihatinan terhadap komuniti di Kampung Trusan Jaya, Sematan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri, berkata program itu membawa perkhidmatan kementerian terus kepada komuniti bagi memastikan maklumat dan bantuan disampaikan secara berkesan.
Program ini mendapat kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur, Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), JKKK Kampung, dan penduduk kampung.
Nancy turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM10,000 kepada Surau An-Nur serta lima kotak Kit Jenazah sebagai persediaan asas pengurusan jenazah, selain menggesa penduduk berinteraksi dengan kaunselor berdaftar bagi menilai tahap tekanan atau stres, sejajar dengan usaha menekankan kesejahteraan mental.
Sumber: JAPEN SARAWAK
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back