BAU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Kampung Tembawang Sauh diteruskan hari ini.
Mangsa, Kelvin Martin Anak Beger, 7 tahun, dilaporkan hilang selepas ibunya menyedari kehilangannya di ruang tamu rumah mereka pada jam 1.30 petang semalam.
Pencarian hari ini difokuskan dalam radius 3 kilometer daripada lokasi ditemui barangan milik mangsa.
Setakat ini, tiada petunjuk mengenai keberadaan mangsa dan SAR giat dijalankan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back