BINTULU - Penduduk Taman Saberkas Jaya kini boleh menikmati kemudahan memasak yang lebih mudah, selamat dan mesra alam selepas PETROS memperluas bekalan gas asli berpaip terus ke kediaman mereka.
PETROS dalam satu kenyataan berkata, empat rumah pertama telah disambungkan pada Disember 2025, manakala 21 rumah lagi dijangka menerima kemudahan ini menjelang akhir Februari 2026.
Projek ini merupakan sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) dan melibatkan pemasangan paip dalaman di kediaman serta pembinaan paip utama sepanjang jalan pesisir Bintulu–Samalaju, membuka peluang jangka panjang bagi pengembangan rangkaian gas ke kawasan kediaman, komersial dan industri.
PETROS menekankan inisiatif ini sejajar dengan matlamat meningkatkan penggunaan gas domestik negeri daripada enam peratus kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2030, sekali gus menyokong keselamatan tenaga jangka panjang dan peralihan tenaga Sarawak.
“Projek ini membuktikan teknologi dan infrastruktur dapat memberi manfaat langsung kepada kehidupan seharian serta impak positif kepada komuniti,” kata PETROS.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back