• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 February 2026 | 08:02 AM

Kesihatan Perlu Infrastruktur Kukuh, Bukan Sekadar Hospital

MUKAH – Pembangunan sektor kesihatan tidak boleh tertumpu kepada pembinaan hospital atau klinik semata-mata, sebaliknya mesti disokong oleh infrastruktur asas yang lengkap dan menyeluruh, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dato’ Hanifah Hajar Taib.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah menegaskan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat penting bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan secara berkesan, khususnya di Sarawak.

Menurutnya, kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air terawat, elektrik dan sistem komunikasi yang baik merupakan keperluan kritikal, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Tanpa sokongan infrastruktur yang kukuh, sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan sukar dilaksanakan secara optimum dan mampan,” katanya ketika ditemui media selepas Lawatan Rasmi ke Hospital Mukah, pada Isnin lalu (4 Feb).

Hanifah turut memaklumkan kemajuan teknologi kini membolehkan khidmat nasihat pakar dilaksanakan secara jarak jauh, sekali gus meningkatkan akses rawatan dan berpotensi menyelamatkan nyawa pesakit di kawasan yang berdepan kekurangan pakar.

Beliau juga menekankan kepentingan perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam kalangan pengurusan serta petugas kesihatan bagi memperkukuh sistem kesihatan negeri dalam jangka panjang.

Sempena lawatan itu, Dato Hanifah menyantuni pesakit Hospital Mukah dan menyampaikan 30 sumbangan berupa bakul makanan bernilai RM100 serta wang tunai RM200 kepada penerima sebagai tanda keprihatinan.

Lawatan berkenaan turut disertai Pengarah Hospital Mukah, Dr Ardif Damiri dan Kapitan Kang Boon Eong. 

Sumber: UKAS 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok