SONG - Dewan Kebiau di Song, dibina dengan kos RM1.92 juta, telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Ahad lalu.
Menurut beliau, dewan ini bukan sekadar tempat berhimpun, tetapi simbol kemajuan dan perpaduan masyarakat, menyediakan kemudahan serbaguna yang selesa dan moden untuk pelbagai aktiviti komuniti.
Pada majlis yang sama, penyampaian sijil pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum baharu serta sijil penghargaan kepada ketua bersara turut dilaksanakan. Selain itu, sembilan peserta perikanan darat menerima peralatan sokongan Program Sosio-Ekonomi Community@SCORE RECODA untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.
Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Sarawak dengan kerjasama JKR Bahagian Kapit dan Majlis Daerah Kapit, menandakan satu lagi langkah pembangunan luar bandar yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back