• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 January 2026 | 01:27 PM

Bekalan Ayam & Telur Dijangka Stabil Menjelang Ramadan

KUALA LUMPUR - Bekalan ayam dan telur di pasaran tempatan dijangka kekal stabil serta mencukupi, khususnya menjelang Ramadan bulan depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jangkaan itu berdasarkan data kementerian yang menunjukkan bekalan kedua-dua barangan keperluan itu berada dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan risiko faktor luar seperti penyeludupan yang boleh menjejaskan bekalan, dan menegaskan semua pihak berkaitan perlu memperketat kawalan bagi mengelakkan perkara tersebut.

Dalam masa sama, kementerian akan memastikan import ayam dilaksanakan secara seimbang supaya tidak menjejaskan pengeluaran tempatan serta pendapatan penternak kecil dan sederhana.

Mohamad Sabu turut memaklumkan usaha membantu penternak diteruskan, termasuk pembangunan makanan ternakan alternatif oleh MARDI dan Jabatan Pertanian, sebagai langkah mengurangkan kos operasi dan menjamin keterjaminan makanan negara.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok