• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 January 2026 | 01:18 PM

Had Umur 16 Tahun untuk Media Sosial Dijangka Dikuatkuasakan Julai - Teo

KULAI, 26 Jan - Kerajaan menjangka pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial akan dikuatkuasakan seawal Julai ini, sebagai langkah melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko eksploitasi serta kandungan tidak wajar dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, langkah itu kini berada dalam fasa regulatory sandbox bagi menguji kaedah pengesahan umur yang paling berkesan dan selamat sebelum pelaksanaan penuh.

Beliau berkata, perbincangan dengan penyedia platform media sosial telah dimulakan selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian atau OnSA, termasuk cadangan pengesahan identiti digital atau eKYC.

Teo menjelaskan, sasaran kerajaan adalah melaksanakan dasar itu pada separuh kedua tahun ini, sama ada suku ketiga atau keempat.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putra Utama, Kulai hari ini.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok