BETONG - Seramai 914 pelajar prasekolah dan sekolah rendah di kawasan Bukit Saban menerima manfaat daripada Program ‘Back To School’, yang dianjurkan bagi meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu.
Program itu dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di SK St John Nanga Tiga pada Ahad, 25 Januari.
Dalam ucapannya, Datuk Amar Uggah menegaskan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan pendidikan dan pembangunan luar bandar.
Beliau turut menekankan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pelajar cemerlang dan berpeluang mengikuti Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES).
Selain itu, pelbagai peruntukan diumumkan termasuk RM1.3 juta untuk membina semula asrama SK St John Nanga Tiga, RM200,000 bagi kuarters guru, RM10,000 bagi tujuh sekolah rendah untuk bahan bacaan, dan papan pintar untuk menyokong pembelajaran digital.
Program turut dihadiri tokoh pendidikan dan pemimpin tempatan, menandakan sokongan berterusan kerajaan negeri terhadap pendidikan di Bukit Saban.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back