• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 January 2026 | 06:48 PM

Tadika KEMAS Taman Sri Permai Perkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak

KUCHING - Pembangunan berperingkat kemudahan pendidikan dan komuniti di Taman Sri Permai terus diperkukuh menerusi perasmian Tadika KEMAS Taman Sri Permai hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata keseluruhan pembangunan di kawasan itu melibatkan peruntukan ratusan ribu ringgit yang disalurkan secara berfasa bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Menurutnya, sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan pada peringkat awal bagi pembinaan Dewan Komuniti, diikuti peruntukan RM200,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) pada 2023 bagi pembinaan bangunan Tadika KEMAS.

Beliau berkata usaha itu diteruskan dengan kelulusan peruntukan tambahan RM175,000 pada 2024 bagi kerja-kerja penambahbaikan kemudahan tadika, manakala pada tahun ini, satu lagi peruntukan berjumlah RM200,000 diluluskan bagi menaik taraf Dewan Komuniti Taman Sri Permai.

Katanya, kerja-kerja naik taraf tersebut merangkumi penyediaan bekalan elektrik, pemasangan kipas, pentas, awning serta kemudahan asas lain bagi menyokong pelaksanaan aktiviti komuniti.

Perasmian Tadika KEMAS Taman Sri Permai, katanya, mencerminkan pendekatan pembangunan menyeluruh yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak, malah turut memperkukuh kemudahan awam demi kesejahteraan komuniti setempat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok