PADAWAN - Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Puncak Borneo, Kampung Karu, awal pagi tadi.
Dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 5.40 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara, Proton Exora dan Perodua Myvi.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Myvi.
Seorang mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang wanita mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.
Pemandu wanita Proton Exora turut disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sementara itu, seorang lelaki yang juga pemandu Proton Iswara mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back