MANILA - Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di bandar Cebu, Filipina, seminggu selepas tapak pelupusan sampah runtuh pada 8 Januari, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan 11 lagi masih hilang.
Ahli Majlis Bandar Raya Cebu, Dave Tumulak berkata, pasukan penyelamat belum beralih kepada fasa pencarian mayat bagi menghormati keluarga mangsa yang masih berharap ahli keluarga mereka terselamat.
Insiden berlaku apabila longgokan sampah yang besar menimbus sebuah fasiliti, menjejaskan pekerja di tapak pelupusan persendirian itu. Sehingga kini, 18 pekerja cedera telah diselamatkan, manakala pasukan bomba, pengawal pantai dan tentera terus berdepan keadaan berbahaya termasuk tanah tidak stabil dan gas metana.
Sebagai tindak balas, Majlis Bandaraya Cebu mengisytiharkan keadaan darurat dan Jabatan Alam Sekitar menutup operasi tapak pelupusan berkenaan kerana kemungkinan pelanggaran protokol keselamatan.
Keluarga mangsa yang masih hilang terus berkumpul dan berdoa agar berita baik akan tiba.
Sumber: BERNAMA - XINHUA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back