• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 January 2026 | 01:10 PM

Trump Umum Penubuhan Lembaga Keamanan Untuk Semenanjung Gaza

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini mengumumkan penubuhan sebuah “Lembaga Keamanan” bagi Semenanjung Gaza, sebagai sebahagian daripada pelan baharunya untuk menamatkan konflik di wilayah itu.

Trump menerusi platform Truth Social berkata, anggota lembaga berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi dan menyifatkannya sebagai barisan paling berprestij yang pernah dibentuk.

Sementara itu, Utusan Amerika Syarikat, Steve Witkoff, memaklumkan fasa kedua perjanjian gencatan senjata telah bermula, selaras pelan 20 perkara yang diumumkan Trump sebelum ini.

Menurut Trump, Lembaga Keamanan itu akan menyokong penubuhan sebuah kerajaan teknokrat Palestin baharu bagi mentadbir Gaza sepanjang tempoh peralihan, dengan sokongan wakil antarabangsa.

Beliau turut menyatakan satu perjanjian penyahtenteraan menyeluruh dengan Hamas akan dicapai, dengan sokongan Mesir, Turkiye dan Qatar, yang mensyaratkan kumpulan itu menyerahkan senjata serta memusnahkan rangkaian terowong.

Trump menegaskan, penduduk Gaza telah lama menderita dan masanya telah tiba untuk masa depan yang lebih aman.

Sumber: BERNAMA - ANADOLU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok