• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 January 2026 | 12:49 PM

Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta: Bung Moktar Dilepaskan, Kes Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat meneruskan kes terhadap Bung Moktar, yang telah meninggal dunia pada 5 Disember 2025, selaras Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan RM100,000 serta pasport dikembalikan kepada penjamin.

Sementara itu, mahkamah dimaklumkan tiga pertuduhan bersubahat terhadap isteri Allahyarham, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, akan diteruskan selepas Jabatan Peguam Negara menolak representasi beliau untuk menggugurkan pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 5, 6 dan 12 Mac ini sebagai tarikh perbicaraan bagi Zizie Izette membela diri.

Zizie Izette, 47 tahun, berdepan tiga pertuduhan bersubahat di bawah Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok