KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak pagi ini menurun kepada 611 orang daripada 194 keluarga, berbanding 622 orang semalam.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, empat PPS masih beroperasi di Bahagian Sibu dan Bintulu.
Di Sibu, PPS SMK Bukit Assek menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga manakala di Bintulu, PPS Dewan Suarah menempatkan 278 mangsa (85 keluarga), semantara di Sebauh, PPS Balai Raya dan Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menempatkan masing-masing 150 dan 177 mangsa.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air di Long Teru (Miri), Sungai Sibiu (Bintulu), Nanga Lemai B dan Stapang B (Sibu) masih melebihi paras bahaya, manakala lima stesen lain berada pada paras amaran.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back