Bintulu - Kerajaan Sarawak menegaskan keselamatan nyawa menjadi keutamaan semasa bencana banjir, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau menjelaskan pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara amat penting, terutamanya di kawasan berisiko tinggi, dan kerajaan tidak pernah menyatakan bahawa mereka yang enggan berpindah tidak layak menerima bantuan wang ihsan.
Bercakap kepada pemberita di Dewan Suarah Bintulu pada Rabu 14 Januari, Uggah berkata terdapat kes mangsa enggan berpindah sehingga pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan bagi memastikan keselamatan mereka, termasuk di Kuching.
Bagi mereka yang ingin kekal di rumah atau rumah panjang, bantuan akan dipertimbangkan secara kes demi kes dengan syarat tertentu, sementara langkah keselamatan tambahan, termasuk pemantauan polis, akan dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back