Serdang - Kerajaan memulakan kajian semula pelaksanaan UPSR dan PT3 secara menyeluruh dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad.
Beliau menegaskan langkah itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya berdasarkan permintaan daripada ibu bapa, guru dan komuniti pendidikan, bagi menilai sama ada peperiksaan perlu dikembalikan.
Sekiranya dilaksanakan semula, format peperiksaan akan diteliti oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya penilaian pelajar berlaku secara holistik dan selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.
Dr Mohd Azam turut menekankan keselamatan sekolah, dengan Polis Diraja Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak sekolah dan PIBG bagi rondaan dan pengawasan berkala, memastikan persekitaran selamat dan kondusif untuk pembelajaran.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back