• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 January 2026 | 07:30 AM

Letupan di HELP University: Siasatan Dijalankan, Bangunan Terlibat Ditutup

Kuala Lumpur - HELP University mengesahkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pengurusan bangunan bagi mengenal pasti punca insiden letupan yang berlaku semasa kerja penyelenggaraan sistem penyaman udara di kampus Bukit Damansara pagi Isnin 12 Januari.

Dalam satu kenyataan, universiti memaklumkan bangunan terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai, manakala operasi dan kelas di Kampus Subang Bestari diteruskan seperti biasa. Pemeriksaan dalaman turut dijalankan bagi memastikan keselamatan bangunan lain.

Pihak universiti turut bekerjasama dengan pasukan perubatan untuk memastikan semua yang terjejas menerima rawatan, selain menghubungi ahli keluarga bagi memberikan sokongan. Pelajar dan petugas dipindahkan segera mengikut protokol kecemasan sejurus insiden berlaku.

Terdahulu, polis mengesahkan seorang pekerja kontraktor tempatan berusia 24 tahun meninggal dunia, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan berhampiran kafeteria di tingkat empat.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut dinasihatkan menghubungi saluran komunikasi dalaman yang disediakan universiti.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok